02 June 2009

tahniah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA

result dah keluar last week. tahniah kerana semua dapat teruskan pengajian. macam saya sendiri keputusan cukup makan jer. memang drop abeh. anyway tahniah buat kawan-kawan yang masih kekalkan result dalam Anugerah Dekan. semoga semester 3 nanti akan lebih baik kan.
k see u all on 7th june, hari pendaftaran yer.

ita,
RTHKL

19 May 2009

CLINICAL POSTING

SALAM SEJAHTERA SEMUA
hai dah agak lama blog ni takder yang update. maybe busy dengan clinical posting kita. mana tidaknya kita kena praktikal yang bukan dalam kemahiran masing-masing. tak tau la kalau kawan-kawan ok jer. saya lak agak penat sebab sungguh banyak kes kat hospital selayang ni. bukan apa tak terkejar dengan kepantasan Juru x-ray yang bertugas, walhal saya sendiri masih terkial-kial nak position pt depa dah nak shoot. hahahaha memang lembab la jawabnyer. hmm saya dapat tau drp senior yang kita kena present satu case study bila dah selesai posting kelak. betul ke?????kena wat macam pawerpoint ke????? tolongggg ler replyyy tengkiuuuu

ita
rthkl

17 April 2009

Tahniah Kepada yang berjaya

SALAM SEJAHTERA SEMUA

keputusan amali sudah keluar, ada diantara kita terpaksa mengulang untuk mengambil peperiksaan amali ini. Nasihat Saya kepada mereka cuma tabahkan hati kuatkan semangat, kerana kuat semangat itu sudah menang dipertengahan jalan. Tiada apa yang mudah dalam menghadapi peperiksaan, adat lulus dan gagal adalah lumrah biasa. Semua orang pernah gagal dan saya yakin orang yang gagal dalam peperiksaan kemudian dia bangkit untuk lulus semangatnya lagi kental dari orang yang lulus kali pertama.

ALL THE BEST TO YOU ALL!!!!!!!!!!!

OIIYAN G77269

Tahniah....

Salam....tahniah buat semua yang lulus dalam exam amali..... Doakan kami yang repeat ni ye....
Moga Semester akan datang kita semua akan lulus 100%... InsyaAllah....

04 April 2009

SELAMAT MAJU JAYA DALAM EXAM!!!!

SALAM SEJAHTERA SEMUA

Kepada semua rakan rakan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam menduduki peperiksaan nanti. di harap kita semua bersedia menjawap soalan yang bakal di tanya nanti. Harap harap kita semua dapat score yang baik nanti.

OIIYAN G77269

27 February 2009

Tahniah Kepada Mereka yang berjaya dapat PBU

SALAM SEJAHTERA SEMUA

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus membuat surat rayuan PBU. Tidak lupa juga buat Pn Putri yang sentiasa sabar melayan karenah kita semua. Kepada yang tidak berjaya harap dapat membuat ikhtiar mendapatkan pembiayaan daripada sumber-sumber yang sah. Harapan Saya sangat besar agar semua batch kita akan lulus dengan cemerlang.

Tahniah sekali lagi buat yang berjaya.

Oiiyan G77269